Pages

Thursday 29 August 2013

Khasiat Halba Untuk Kesihatan

Sebenarnya amat jarang sekali kita mendengar tentang Halba. Namun apakah kelebihan dan khasiat Halba ini. Halba sebenarnya digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India
Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.

Kegunaan Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Wednesday 28 August 2013

Pembunuh Senyap

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda atau amaran.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko sera­ngan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan dementia (nyanyuk). 
Ia berlaku apabila jantung menggunakan tekanan berlebihan bagi mengepam darah ke urat dan arteri manakala peningkatan berulang kali ini menyebabkan tekanan darah tinggi kronik. 

Tekanan darah tinggi berlaku mungkin disebabkan faktor persekitaran termasuk sejarah keluarga, diet natrium yang tinggi, pengambilan alkohol berlebihan, corak kehidupan yang tidak aktif, tekanan dan merokok.
Berikut panduan untuk mengawal tekanan darah: 
  • Jalani pemeriksaan tekanan darah secara tetap. 
  • Kekalkan berat badan seimbang. 
  • Kurangkan pengambilan garam. 
  • Amalkan pemakanan seimbang. 
  • Kurangkan minuman beralkohol. 
  • Jangan ponteng mengambil ubat walaupun sehari. Pastikan ubat dimakan mengikut jadual. 
  • Tepati temu janji de­ngan doktor bagi membolehkan dok­tor memantau kesihatan secara menyeluruh. 
  • Mulakan bersenam, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor jenis senaman yang sesuai. 
  • Jika disahkan mengalami tekanan darah tinggi, pastikan seisi keluarga turut dibawa menjalani pemeriksaan tekanan darah secara tetap kerana mereka juga berisiko tinggi mendapat masalah sama. 
  • Belajar menangani tekanan dan cuba jalani kehidupan sebaik mungkin. 


    Antara panduan pencegahan dan mengatasi tekanan darah tinggi: 
  • Ambil makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium yang mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. 
  • Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Jika anda menderita tekanan darah tinggi, pilih senaman olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, lari santai dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak tiga kali seminggu. 
  • Makan sayur dan buah berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, tembikai dan oren. 
  • Jalani terapi antitekanan untuk mengurangkan tekanan 
  • Berhenti merokok. 
  • Kawal kadar kolesterol. 
  • Kawal diabetes. 
  • Hindari ubat yang boleh meningkatkan tekanan darah dan dapatkan nasihat doktor jika menerima rawatan untuk penyakit tertentu. 


    Tekanan darah tinggi bukan suatu penyakit yang tidak boleh diatasi kerana paling penting, gunakan cara betul untuk menanganinya.   


  • Sumber dari : http://www.hmetro.com.my/articles/Pembunuhsenyap/Article

    Tuesday 27 August 2013

    7 Langkah Kawal Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

    Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
    Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.

    Tekanan Darah (Hypertension)

    Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
    Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
    • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
    • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

    7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

    Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
    1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
    2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
    3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
    4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
    5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
    6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
      • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
      • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
      • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
      • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
      • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
      • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
    7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

    Monday 26 August 2013

    Tanda-tanda Kekurangan Protein dalam Badan

    APA itu Protein

    Protein adalah nutrien penting dan komponen utama kulit, otot, organ-organ, kelenjar dan cecair badan. Protein membantu badan membina dan membaiki otot dan tisu dan adalah amat penting bagi pertumbuhan dan pembangunan di zaman kanak-kanak dan remaja. Protein harus menjadi sebahagian daripada diet yang sihat yang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak. Protein yang terbaik adalah daripada sumber-sumber lemak yang rendah kalori dan lemak,


    Adakah anda mengalami SIMPTOM2 berikut :

    • Kulit wajah yang kusam?  
    • Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
    • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
    • Rambut sering gugur?
    • Lemah dan tidak bertenaga?


      RISIKO Kekurangan Protein (umumnya):  

      • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
      • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
      • Liver (penyakit hati)
      • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
      • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
      • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
      • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
      • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
      • Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
      • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
      • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
      • Irritability (Badan menggeletar)
      • Fatigue (Letih lesu)
      • Weakness (Lemah)
      • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
      • Terancat akal
      • Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
      • Kerap Kembung
      Sumber-sumber protein:


      • Kacang Kuda
      • Ikan
      • Soya 
      • Ayam Bahagian dada
      • Daging
      • Tenusu 
      • Telur

      Bahaya Minuman Berkabonat

      Hampir semua orang tahu bahawa minuman berkarbonat tidak baik untuk kesihatan, khususnya kesihatan kanak-kanak. Pengambilan berterusan di kalangan kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah turut menjejaskan minda. Oleh kerana risiko pengambilan minuman ini tidak berlaku serta merta, maka ramai yang tidak memandang serius dan berdiam diri.
      Sejak kebelakangan ini, pihak ibu bapa, juga pihak kerajaan mulai bimbang terhadap tabiat pemakanan tidak sihat murid sekolah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia khasnya minuman berkarbonat. Maka, pelbagai saranan telah diketengahkan oleh berbagai pihak termasuk menghalang penjualan minuman berkarbonat di sekolah. Adakah anda setuju dengan pandangan ini?
      Satu kajian yang dijalankan di Rio De Janeiro, Brazil mendapati pelajar sekolah berumur 6-14 tahun yang meminum minuman Coke (Coca-cola), Fanta dan Pepsi dengan kadar yang banyak telah menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin di dalam badan. Lantaran itu, kerajaan Singapura telah bertindak mengharamkan penjualan Coca-cola dan Pepsi serta minuman ringan yang mengandungi lebih daripada 10% kandungan gula di sekolah-sekolah Singapura pada tahun 1992.
      Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang pula mendapati minuman tin mengandungi antara 4-15 sudu kecil gula. Kandungan asid seperti asid sitrik, phosphoric dan karbonat di dalam minuman tersebut menyebabkan rasanya tidak terlalu manis biar pun mengandungi kandungan gula yang tinggi (rasa manis tersembunyi). Kandungan gula yang terlalu tinggi dan paras keasidan yang tinggi di dalam minuman berkarbonat akan membahayakan kesihatan secara menyeluruh serta memberi kesan negatif jangka panjang.
      Antara kesan buruk yang dikenalpasti akibat daripada pengambilan gula berlebihan adalah meningkatkan risiko kencing manis, menyumbang kepada risiko penyakit jantung, merosakkan gigi, masalah penghadaman, masalah kulit dan lain-lain lagi. Walaupun sukar bagi sesetengah orang untuk berhenti daripada menggemari minuman berkarbonat, namun hakikatnya banyak risiko penyakit dapat dielakkan.
      Sehubungan dengan itu, kanak-kanak perlu diberi pendidikan tentang bahaya minuman berkarbonat. Ibu bapa bukan sekadar perlu sedar tentang bahaya minuman berkarbonat, malah hendaklah mencadangkan minuman alternatif lain yang selamat buat anak-anak. Manakala, pihak sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan boleh berperanan mendidik dan menyebarkan maklumat tentang amalan pemakanan sihat di kalangan murid-murid sekolah. 
      Cadangan Buat Murid Sekolah @ anak-anak kita;
      Elakkan minuman ringan berkarbonat. Tukar corak minuman daripada minuman ringan kepada air kosong (mineral) dan jus buah-buahan. Pastikan air yang diminum memberi faedah yang diperlukan tubuh dan bukan sebagai punca penyakit.
      RESIPI AIR HALIA BERKHASIAT UNTUK FIZIKAL DAN MINDA
      Bahan dan Ramuan:
      1. ½ inci halia (ditumbuk untuk mendapatkan airnya)
      2. ½  biji lemon segar (diperah untuk mendapatkan jusnya)
      3. secawan air mineral
      4. madu secukup rasa
      Cara Penyediaan
      1. Campurkan kesemua bahan yang diperlukan tersebut, biarkan seketika.
      2. Tapis campuran tersebut
      3. Masukkan ais atau masukkan campuran tersebut ke dalam peti sejuk untuk mendapatkan lebih rasa umph…
      p/s kebanyakan kanak-kanak tidak menggemari halia, oleh itu boleh juga sekiranya tidak memasukkan halia pada ramuan tersebut atau memasukkannya sedikit.

      Punca Tekanan Darah Tinggi dan Cara Mencegahnya

      Apa itu tekanan darah tinggi?

      Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

      Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

      Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

      Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


      Punca

      - Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

      Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

      Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

      - Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

      Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

      - Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

      - Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

      Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. 

      - Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

      Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

      Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

      Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

      - Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

      Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

      Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

      Kegagalan jantung kongestif

      Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


      Langkah-langkah pencegahan

      Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

      Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.


      Rawatan 

      Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal. 

      Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.

      Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.

      Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.


      Jenis-jenis ubat darah tinggi

      - Diuretik: Membuang garam dan air berlebihan daripada badan

      - Penghalang beta: Memperlahankan degup jantung supaya jantung tidak perlu bekerja lebih bagi mengepam darah

      - Penghalang saluran kalsium: Mengendurkan saluran darah bagi menghalang kalsium daripada memasuki sel-sel otot

      - Perencat enzim menukarkan angiotensin II (ACE): Merencat pembentukan angiotensin II, sejenis hormon yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah

      - Penghalang penerima angiotensin II (ARB): Menyekat secara langsung kesan-kesan bahaya angiotensin II ke atas pembuluh darah.


      Petua-petua agar anda tidak lupa mengambil ubat

      - Ambillah ubat pada masa sama setiap hari. Cuba kaitkan dengan sesuatu perkara yang anda sering lakukan seperti memberus gigi.

      Sekiranya doktor menyarankan anda mengambil ubat selepas makan, cubalah ambil ubat ketika waktu makan anda setiap hari.

      - Catatkan nota. Letakkan nota pada peti sejuk, berdekatan telefon, di kabinet ubat-ubatan atau cermin bilik mandi. Cuba tukarkan nota sekerap mungkin, gunakan warna berlainan bagi menarik perhatian atau alihkan nota ke sudut lain.

      - Cuba gunakan bekas khas bagi membantu mengaturkan ubat-ubat anda. Bekas pil ini boleh didapati di kebanyakan farmasi atau kedai ubat.

      - Mintalah bantuan ahli keluarga atau rakan. Mereka boleh menjadi sistem sokongan yang kuat. Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang juga mengambil ubat, amalan ingat-mengingati adalah sangat baik.

      - Jangan lupa mendapatkan bekalan ubat. Setiap kali anda mendapatkan bekalan ubat, catatkan pada kalendar untuk pesanan ubat bulan berikutnya, seterusnya mengambil bekalan ubat seminggu sebelum ubat habis.


      Sumber : http://rossacalla.blogspot.com/

      Saturday 24 August 2013

      Khasiat Air Kelapa Muda

      Seperti yang diketahui ramai, kelapa sememangnya mempunyai seribu satu kegunaan. Keseluruhan pokok kelapa termasuk airnya turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia.

      Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah : 

      Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.

      Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.

      Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda.

      Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.

      Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.

      Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.

      Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.

      Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.

      Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.

      Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.

      Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
      Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

      Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.

      Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat.

      Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

      Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.


      Sumber dari : http://www.kakjah.com/2013/05/khasiat-air-kelapa-muda-untuk-kesihatan.html

      Friday 23 August 2013

      Khasiat Oat Untung Jantung Anda

      Jantung lebih sihat dengan oat

      PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.
      Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.
      Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.
      Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?
      Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
      Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
      Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
      Antara khasiat oat ialah:
      • Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
      • Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
      • Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.
      • Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi jugamenjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
      • Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
      • Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
      • Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
      • Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
      • Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
      • Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
      Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
      Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat!
      Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
      Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!
      Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikantabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.
      Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

      Kelebihan Makan Pisang

      PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.
      PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
      Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
      Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

      Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
      “Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
      “Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
      “Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
      “Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
      Khasiat
      “Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
      Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
      Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
      Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
      Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
      Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
      Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
      “Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
      “Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
      Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
      Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
      Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
      Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
      Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
      Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
      “Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
      “Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
      Laris
      Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.
      Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.
      Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.
      Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
      “Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
      “Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.
      “Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.
      “Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.
      Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.
      “Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.
      “Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.
      Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.
      Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.
      “Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.
      “Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.
      “Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.
      Sumber dari : KUMARA SABAPATTY
      kumara.sabapatty@kosmo.com.my

      Thursday 22 August 2013

      Bronkitis : Gejala dan Rawatan

      Apakah itu Bronkitis?
      Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.



      Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
      • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).

      Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.


      Apakah yang menyebabkan Bronkitis?

      Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

      Gejala yang perlu diberi perhatian

      Bronkitis Akut

      • Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada.
      • Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F).
      • Sakit tekak.
      • Sakit otot.
      • Kelesuan

      Bronkitis kronik
      • Penyebab utamanya ialah merokok.
      • Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
      • Sukar bernafas dan terasa sesak dada.
      • Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan)

      Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?
      Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.
      Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.
      Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.
      Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.

      Pengurusan sendiri
      Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.
      • Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
      • Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
      • Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa

      Ubat Untuk Merawat Bronkitis
      Doktor anda mungkin:
      • Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
      • Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
      • Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)

      Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:
      • Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).
      • Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.
      • Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.

      Asma atau Lelah : Penyebab dan Faktor Risiko

      Asma atau Lelah adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

      Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

      Keterukan Asma:
      • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
      • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
      • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.
      Penyebab
      • Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
      • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
      • Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.
      • Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
      Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.

      Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
         
      • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
      • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.
      Faktor - Faktor Risiko

      Faktor-faktor risiko asma adalah terdiri daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan keradangan pada saluran udara. Bagi mereka yang mengalami keradangan saluran udara sangat sensitif terhadap pencetus asma.

      Pencemaran udara

      Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.

      Bayi pra matang

      Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.

      Merokok

      Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma.